Walaupun agak lama dah video ini di upload tapi ia bagi saya inpirasi
..buat saya untuk menulis
Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilan-Nya.
Singgah ke blog penulis : http://www-bicarahati.blogspot.com
..buat saya untuk menulis
Cinta Muka buku Vs Cinta Kalam Illahi
Adakala Hati terasa mahukan seseorang
Adakala hati terasa sunyi
Adakala Hati terasa kenapa ku tidak seperti yang lain
bercouple dgn vs jantina
kini ku tahu bahawa seandainya ku memberi Cinta ini kpd Si dia Mungkin kah
ia terima diri ku
kini ku tahu Hanya yang perlu di hati hanya Cinta yang maha esa
Syair-Syair Para Pemburu Ilmu
kupancarkan karya indahku di ufuk-Nya.
Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya.
Indahnya pemandangan dan suasa malam gembira,
takkan pernah menggoyahkan tekadku.
Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat.
Tapi,kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.
Kuseru nama Allah Yang Maha Mulia.
Dia (Allah) mempunyai banyak nama da
nama nama-Nya begitu indah. Dia mempunyai banyak sifat dan
sifat-sifat-Nya begitu tinggi.Jadilah hamba-Nya,nescaya Dia menjadi
penolongmu.Dialah Allah s.w.t! Tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia.Adakah engkau mengetahui siapa yang senama dan sebanding
dengan-Nya?Siapakah yang Menciptakan bumi dan langit? siapakah yang
mengalirkan air,memancarkan cahaya,menabur keagungan,menghiasi diri-Nya
dengan keabdian,dan mengkhususkan-Nya dengan kebesaran dan kekuasaan?
Siapakah yang mengalahkan tentera,menghancurkan pasukan bersekutu dan
membinasakan Kaum Tsamud dan 'Ad? Siapakah yang mengalahkan tipu daya
musuh,menghancurkan banyak negeri yang zalim dan memberi petunjuk ke
jalan yang benar?
Dialah yang Maha Esa,yang
memiliki nama-nama yang paling indah dan sifat-sifat yang paling
sempurna.Dia mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ilmu-Nya
meliputi segala sesuatu yang terpendam di dalam hati. Dia menghiasi
diri-Nya dengan keabadian,menetapkan kebinasaan kepada yang lain. Dia
tidak dapat diliputi oleh penglihatan mata,tidak dapat dikuasai oleh
fikiran. Diaberkuasa melakukan segala perkara yang
dikehendaki-Nya.Dia,lebih dekat kepadamu daripada urat nadi lehermu
sendiri.
Wahai Tuhanku,Kami datang
kepada-Mu dengan pasrah berdiri di depan pintu-Mu sebagai seorang hamba
yang fakir. Maafkanlah kami kerana telah lalai dan cuai ampunilah
kelemahan kami yang sudah Engkau ketahui.
Kedua tangan-Nya maha
menderma,pemberi nikmat,penghapus kemiskinan dan kesempitan. Semua
makhluk meminta kepada-nya.Semuanya memohon kepada-Nya.Tidak ada seekor
binatang melata pun di dunia ini yang tidak mendapat rezeki
daripada-Nya.Tiada satu hajat pun yang tidak pernah dikabulkan.Semua
makhluk meminta kepada-Nya.Semua makhluk yang wujud selalu
menginginkan-Nya,Manusia meminta pelbagai macam keperluan dan beraneka
permintaan,dengan perbezaan bahasa,dialek dan beragam irama.Dia memberi
setiap hamba yang meminta,mengajarkan setiap hamba yang tidak
tahu,memberi petunjuk bagi setiap hamba yang tersesat,meluruskan kaki
yang tergelincir,menyembuhkan segala jenis penyakit dan menjaga
hamba-Nya daripada segala kecacatan.
Kemurahan-nya
melimpah,sehinggakan seluruh makhluk tidak mampu untuk memikulnya. Demi
Allah,andaikata langit ini dibuat menjadi lembaran kertas yang akan
dipernuhi dengan ribuan kata-kata pujian,nescaya tiadalah langit itu
boleh menampung seluruh sanjungan yang dipersembahkan kepada-Nya.
Singgah ke blog penulis : http://www-bicarahati.blogspot.com